Showing posts with label Kesihatan hati. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan hati. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Bahaya Hati Berlemak | Rawat Sebelum Parah !


Fatty liver

Apa itu bengkak hati atau Fatty Liver?

Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati.

    » pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
    » dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
    » juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
    » akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.


Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.

Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`. Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.