Thursday 27 November 2014

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

http://amaqlavitashop.blogspot.com/

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.



Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Wednesday 26 November 2014

Beruntungnya seorang yang bergelar WANITA

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...

http://amaqlavitashop.blogspot.com/


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Tuesday 25 November 2014

Mandikan aku BONDA

Assalamualaikum

Saya nak share dengan anda semua cerita nie. Ada pengajaran kepada kita semua di sebalik cerita nie..saya sendiri tergolong antara ibu bapa yang sibuk bekerja dan balik lewat malam tapi bertuahnya semua saya uruskan sendiri tiada orang gaji atau tante. Sememangnya tanggungjawab membesarkan anak² terletak di atas bahu ibu bapa itu sendiri sebenarnya bukan kepada orang lain. Jikalaupun kamu mempunyai orang gaji sebolehnya luangkanlah masa dengan anak² bermain bersamanya, bercakap dengannya supaya mereka rapat dengan kita sebagai ibu bapa dan bukan dengan orang lain.

Sering kali orang tidak mensyukuri apa yang diMILIKInya sampai akhirnya. Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan kuliah ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya sudah jelas: meraih yang terbaik, di bidang akademik mau pun profesion yang akan diceburinya. ''Why not the best,'' katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika. Ketika Universiti menghantar mahasiswa untuk studi International Law di Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah satunya. Saya lebih memilih menyelesaikan pendidikan kedoktoran. 

Berikutnya, Rani mendapat pendamping yang ''selevel''; sama-sama berprestasi, meski berbeda profesion. Alifya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai staf diplomat, bertepatan dengan selesainya suami dia meraih PhD. Lengkaplah kebahagiaan mereka. Konon, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ''alif'' dan huruf terakhir ''ya'', jadilah nama yang enak didengar: Alifya. 
Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir. Ketika Alif, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak garuda, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain.    Sebenarnya saya pernah bertanya, ''Tidakkah si Alif terlalu kecil untuk ditinggal-tinggal? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''Oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is OK!'' Ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter "mahal". 
Rani cuma mengawal jadual Alif melalui telefon. Alif membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti. Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan wang yang banyak. ''Contohlah ayah-bonda Alif, kalau Alif besar nanti.'' Begitu selalu nenek Alif, ibu Rani, berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya.

Ketika Alif berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik. Terkejut dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk menghadirkan seorang adik buat Alif. Sungguh anak kecil ini "memahami" orang tuanya. Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Alif, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek. Meski kedua orang tuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut. Bahkan, kata Rani, Alif selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani menyapanya ''malaikat kecilku''. 

Monday 24 November 2014

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU


Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.

ISTERI 

Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa.

Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat-sifat yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

IBU

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajarannya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak.

Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun. Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik.

InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK.

** Sesungguhnya..suatu hari nanti anak-anak kita akan menjadi seorang ibu dan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Saturday 22 November 2014

Bahaya Hati Berlemak | Rawat Sebelum Parah !


Fatty liver

Apa itu bengkak hati atau Fatty Liver?

Fatty liver adalah satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati.

    » pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
    » dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
    » juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
    » akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.


Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.

Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap `sindrom metabolik`. Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.

Monday 17 November 2014

Set Sendi Shaklee yang memang ohsem!

Bismillah..

Salam sayang dari saya buat anda semua. Adakah ada di kalangan blogger mengalami sakit sendi? Atau ada ibu bapa yang mempunyai masalah tulang sehingga sukar untuk beribadat dan melakukan kerja seharian. Insyaallah Set Sendi Shaklee dapat membantu.

Hari nie saya nak share sikit mengenai Set Kesihatan Sendi. Kenapa saya cakap set sendi nie ohsem? Ini adalah testimoni customer saya sendiri. Alhamdulillah..dengan pengambilan secara konsisten selama 3 bulan customer saya merasai perubahan pada tahap kesihatan beliau. Kalau dulu selalu mengadu sakit, sejak amalkan memakan set sendi nie sakitnya semakin berkurangan malah beransur pulih. Ada juga bahagian yang masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Seorang lagi customer saya memang mengalami masalah sakit pinggang sejak dari muda lagi. Pernah satu tahap bila sakit pinggang menyerang sampai berhari-hari tak boleh bangun. Alhamdulillah..Allah telah menemukan saya dengannya dan mempermudahkan jalannya. Saya consult dia untuk try amik Ostematrix dulu. Terkejut saya bila dapat message dari nya..yang dia dah boleh bangun.--.walaupun takes time jugak masa nak bangun tue. Syukur...syukur...saya dah bantu orang lain sihat dengan Shaklee.

Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit urat & sakit sendi ini?

Senang sahaja. Amalkan tiga kaedah ini:

✔ Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advance Joint Health Tablet
Advance Joint Health Tablet membantu menyokong keselesaan sendi

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT) memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga(3) cara:

(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

✔ Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard berfungsi mengurangkan inflamasi sendi

OMEGA GUARD Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega- juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambiikki\asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

✔ Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

OsteMatrix kalsium penting untuk kesihatan tulang

OSTEMATRIX  - Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Bantulah ibu bapa anda jika mereka mengalami masalah sendi sehingga menyukarkan mereka untuk beribadat. Besar ganjaran pahala yang menanti..InsyaAllah...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. 
--------------------------------------------------------------------------------------


Ingin mendapatkan dan mencuba Set Kesihatan Sendi ini?

 Hubungi saya sekarang.

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Sunday 16 November 2014

Sembelit Usah di Pandang Ringan | Atasi Masalah Sembelit |

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini saya nak share sedikit info mengenai SEMBELIT. Rata-rata rakyat Malaysia mengalami masalah sembelit nie. Jangan dibiarkan masalah berpanjangan kerana boleh menyebabkan kanser kolon.

Dari sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu. Dulu saya memang mempunyai masalah sembelit nie, dalam seminggu hanya satu atau dua kali sahaja.

http://amaqlavitashop.blogsot.com
Sembelit yang berpanjangan boleh menyebakan kanser kolon.
Sembelit adalah masalah pengosongan usus. Apabila seseorang menghadapi sembelit, kadangkala ia menjadikan najis keras dan sukar untuk membuang najis. Jika dibiarkan ia boleh membawa kepada masalah lain seperti usus tersumbat. Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Bahan bertoksik


Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.

Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Apakah yang menyebabkan sembelit? Sembelit terjadi oleh beberapa hal. Ia mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

Kebanyakan orang yang biasa menghadapi sembelit bergantung kepada ubat sembelit yang diberi oleh doktor.

Sebenarnya pengambilan ubat bukan menyelesaian masalah sembelit. Sembelit harus dilihat dari puncanya, apakah yang menyebabkan sembelit berlaku. Sekiranya puncanya kerana pemakanan, maka harus menukar corak pemakanan untuk mengelakkan sembelit.

Antara preskripsi diet untuk mencegah masalah sembelit:-
Makanan tinggi serat seperti buah, sayur, kekacang, bijirin penuh
Buah-buahan kering terutama buah prune
Minuman panas contohnya kopi yang mengandungi kafein:-
  • Psyllium
  • Probiotik
  • Supplement

Supplement Shaklee yang sesuai untuk mengelakkan dan merawat sembelit ialah:-

★ Ostematrix

http://amaqlavitashop.blogspot.com/
OsteMatrix

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

★ Meal Shakes

http://amaqlavitashop.blogspot.com/
Meal Shakes
 Meal Shakes mengandungi serat yang amat penting dalam pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit.

★ Herb Lax


http://amaqlavitashop.blogspot.com/
Herb-Lax
Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.


Sekiranya anda mengalami masalah pembuangan, jangan dibiarkan ia terus menghantui anda. Sekiranya ia berkait dengan masalah fisionlogi, sila berjumpa dengan doktor. Namun jika berkait dengan diet anda, ubahlah diet dan ambillah suplemen yang sesuai.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Thursday 6 November 2014

Bagaimana merawat Penyakit TIROID ??

Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Penyakit  TIROID terbahagi kepada 2 jenis :-
  • HYPERTIROIDISME

    Hipertiroidisme adalah keadaan berlebihan hormon tiroid dalam badan, ini paling kerap disebabkan penyakit “Graves’ disease” yang mana system pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsangkan kelenjar tiroid untuk mengeluarkan berlebihan hormone tiroid. Dikalangan pesakit yang mengalami “Graves’ disease”, dianggarkan seramai 30% yang turut mengalami masalah mata bonjol atau dinamakan “exopthalmos”.
 Simptom: -
  1. Kehilangan berat badan secara tiba-tiba, walaupun selera makan dan diet anda masih normal atau bahkan meningkatkan.
  2. Degupan jantung yang pantas (tachycardia), rentak jantung yang tidak tetap (aritmia) atau berdebar-debar hati (berdebar-debar).
  3. Peningkatan selera makan.
  4. Gegaran
  5. Perubahan dalam corak haid
  6. Pembesaran kelenjar tiroid (goiter)
Komplikasi
  1. Masalah jantung: - Ini termasuk kadar jantung pesat, gangguan irama jantung (fibrilasi atrium) dan kegagalan jantung kongestif.
  2. Tulang rapuh (osteoporosis).
  3. Masalah mata (ini ophthalmopathy Grave).
  4. Krisis Thyrotoxic.
  •  HYPOTIROIDISME 

Hipotiroidisme adalah keadaan kekurangan hormone tiroid dalam badan. Ini selalunya berlaku disebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid (primary hypothyroidism). Kadangkala hipotiroidisme berpunca dari kegagalan fungsi kelenjar pituitary (secondary or central hypothyroidism) yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormone tiroid.

Simptom :-

  1. Keletihan.
  2. Kelesuan.
  3. Berat badan yang tidak diketahui puncanya.
  4. Sembelit.
  5. Lemah otot.
  6. Suatu kolesterol tahap darah tinggi.
  7. Lebih berat daripada tempoh biasa haid.
  8. Kuku rapuh dan rambut.

Komplikasi

  1. Goiter.
  2. Masalah jantung e.g kegagalan jantung.
  3. Kemurungan.
  4. Neuropati Peripheral.
  5. Myxedema (kehidupan jarang mengancam keadaan.

 5 Cara merawat Penyakit TIROID

1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin
seperti ikan air masin dan rumpai laut.

2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan
mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh
badan.

3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin
B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi
masalah kehilangan berat badan.

4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur
untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan
berat badan yang serius.

5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang
dapat meningkatkan kadar metabolisme.

Apakah supplement SHAKLEE yang menjadi pilihan utk pesakit tiroid ini??? 

Untuk Hypertiroidisme

http://amaqlavitashop.blogspot.com
ESP

 1) ESP  

Mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen - kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan - ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid.

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)


Untuk hypotiroidisme

http://amaqlavitashop.blogspot.com
Vitalea Iron Formula

1) VITA-LEA IRON FORMULA

Multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink - sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme) - vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif) - vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid - zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif@ tironin)

2) VITA-E COMPLEX 
http://amaqlavitashop.blogspot.com
Vita-E Complex

Kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi - Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan) - vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Saturday 1 November 2014

What ??? Dah masuk bulan November?

http://amaqlavitashop.blogspot.com

Bismillah....

Alhamdulillah..masih di beri kesempatan untuk bernafas sehingga ke hari ini. October sudah berlalu pergi, November kini datang. Tanpa kita sedari sebenarnya kita sudah berada di penghujung tahun 2014. Tertunai sudahkah azam dan tanggungjawab kita pada tahun ini atau forward ke tahun depan plak???

Yang sudah berlalu biarkan berlalu...apa yang penting kehidupan hari ini mesti diteruskan.  Tinggal sebulan sahaja tahun 2014 akan meninggalkan kita. Semoga di tahun-tahun akan datang lebih memberi keinsafan kepada kita sebagai seorang hamba Allah S.W.T. .

Penuhilah diri kita dengan ilmu dunia dan akhirat. Sesungguhnya masa terlalu mencemburui kita pada masa sekarang. Saya sendiri sedari masa terlalu cepat berlalu. Kadang-kadang rasa tidak mempunyai masa yang cukup sehari untuk membuat semua benda. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, suri rumah, pekerja, ibu kepada anak-anak yang comel  di samping menguruskan bisness Shaklee memang memerlukan pengorbanan yang besar. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan saya untuk menguruskan masa setiap hari. Hargailah masa yang ada sesungguhnya masa tidak menunggu kita.


Salam Sayang...
MamaQla

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop