Monday 30 June 2014

Kunyit merawat diabetes?

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari begitu banyak herba di dapur dan halaman rumah yang boleh digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit.
Herba yang telah digunakan secara turun-temurun ini semakin dilupakan kerana ilmunya tidak diwarisi.
Tambahan pula, kebanyakan generasi muda menganggap bahan herba hanya sebagai tumbuhan hiasan atau bahan masakan semata-mata.

Sebagai contoh, kunyit ialah ‘herba’ yang sangat bagus untuk membantu fungsi dan pemulihan badan dalam menghadapi masalah diabetes, kolesterol, masalah kulit, radang sendi dan kesihatan hati.
Bahan aktif di dalam kunyit dikenali sebagai curcuminoids juga telah dikenal pasti dapat membantu untuk penyakit alzheimer, multiple myeloma, kanser kolon dan kanser pankreas.
Menariknya, penggunaan kunyit dalam kebanyakan masakan masyarakat India dipercayai berkait rapat dengan keupayaannya memulihara fungsi kecergasan otak seseorang.

"Walaupun kebanyakan kajian yang dijalankan ke atas tumbuhan herba dan rempah-ratus hanyalah pada peringkat awal, tiada buruknya jika menambahkan rempah-ratus dalam diet harian anda," kata pengkaji herba dari Universiti Oxford, Prof. Gerard Bodeker.
Tambah beliau, penggunaan herba-herba dan rempah-ratus bukan sahaja memperkayakan perisa makanan tetapi juga meningkatkan khasiat kesihatan.Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa campuran kunyit dan kayu manis ternyata berpeluang mengubati penyakit diabetes.

"Ramuan tersebut dapat melipat gandakan kebolehan kerja insulin untuk menguraikan glukosa.
"Kunyit juga dapat membantu mengawal masalah obesiti. Ini secara langsung dapat mencegah penyakit yang berpunca daripada kegemukan seperti diabetes," jelasnya.
Bagi masyarakat Melayu, kunyit diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan, curcumin harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel badan.
Pendek kata, mengamalkan pemakanan kunyit ini seumpama memakan ubat sebelum sakit.

-UTUSAN-

kunyit, merawat diabetis

Sebarang pertanyaan atau pembelian boleh hubungi saya.


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Saturday 28 June 2014

Kenali Makanan Kawal Penyakit

Kadang-kadang agak sukar untuk mengawal nafsu makan yang boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti diabetis, kegemukan, darah tinggi dan serangan jantung jika tidak dibendung. Namun, ada beberapa jenis makanan yang tidak 'menganiaya' tubuh badan anda sebaliknya membantu mengawal selera anda.

oat, nak kurus

Oat

Hanya dengan dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.


Cendawan

Makanan cegah lemak dan penggalak imun ini mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns dimana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar.

asparagus

Asparagus

Sayur rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda.

Pisang

Pisang

Saiz pisang yang sederhana meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet.

Bawang

Bawang

Di sesetengah negara menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

Memang tidak dinafikan pengambilan nasi putih membuatkan selera bertambah lebih-lebih lagi jika terdapat lauk yang kena dengan selera anda. Melatih diri mengambil makanan di atas membantu anda lebih cepat kenyang dan bertenaga selain menolak makanan tinggi karbohidrat, tinggi gula dan lemak yang sering menjadi punca anda mudah dijangkiti penyakit.

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

SALAM RAMADHAN 1435H


ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Mu Ya Allah kerana masih lagi diberi kesempatan bertemu lagi Ramadhan di tahun ini 1435H. Esok semua umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah berpuasa.

 Kepada semua seluruh umat Islam di dunia saya ucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. Semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan dunia dan akhirat.
Ameen.


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Friday 27 June 2014

3 Cara Paling ‘Malas’ Menjaga Kulit Muka

Anda beruntung jika anda mempunyai kulit muka yang bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain. Namun itu bukan alasannya untuk anda memandang enteng dalam soal penjagaan kulit muka. Siapa kata menjaga kulit muka adalah sukar? Tidak perlu kusutkan fikiran untuk mendapatkan rawatan spa kulit sebagainya. Hanya lakukan tiga langkah mudah ini untuk menjaga kulit muka anda.

tips jaga kulit muka

Mencuci muka

Pencuci muka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicari. Beratus-ratus jenama pencuci muka terdapat di pasaran untuk anda pilih. Tidak semestinya perlu yang mahal untuk mendapatkan hasil kulit yang terbaik.

Anda hanya perlu mencari pencuci yang sesuai dengan kulit anda dan teruskan menggunanya. Elak daripada mencampur-campurkan jenama produk berlainan. Pencuci yang mengandungi banyak buih mampu membuat kulit anda kering. Mungkin anda juga boleh mencuba  mencuci muka menggunakan bahan-bahan berasaskan organik seperti susu ,  yogourt atapun oat. Siapa tahu jika ia berkesan pada kulit anda.
 

Pelembab

Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, setelah membersih dan menyegar , pastikan anda tidak mengabaikan langkah seterusnya iaitu melembabkan kulit wajah. Bagi kulit normal, kandungan minyak semula jadi sudah dimiliki. Namun adakalanya ia akan menjadi kering disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Pilih pelembab yang ringan dalam bentuk losyen.

Bagi anda yang memiliki kulit kering pula, pelembab adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit wajah anda. Gunakan pelembab yang bertekstur keras seperti krim. Sebaliknya jika anda mempunyai kulit berminyak, elakkan daripada menggunakan pelembab. Ini kerana kejenjar sebum anda sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air.

Pelindung UV

Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kala tidak dapat dielakkan. Maklumlah, kita tinggal di negara beriklim panas  di Malaysia. Tahukah anda, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu membuatkan kulit anda berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu, tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30.  Bagi kulit yang berminyak, gunakan pelindung yang mengandungi  bahan mineral dan organik.

Yang sebenarnya tidak sukar menjaga kulit wajah. Bagi yang benar-benar tidak berkesempatan, cukuplah lakukan tiga langkah mudah ini. Apa yang penting adalah membersih dan melindunginya daripada kotoran luar. Kulit wajah merupakan aset paling penting harus dijaga oleh wanita. Jangan nanti bila kulit sudah bermasalah baru ingin bertindak.

-RAPI-


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

GET Clean Home dengan Shaklee


get clean home shaklee, get clean laundry
Get clean Laundry

Hari ini saya nak cerita sikit pasal GET CLEAN LAUNDRY dari Shaklee nie..Memang sangat² best pakai sejak bertukar kepada Shaklee nie baju kelihatan baru walaupun sebenarnya dah lama pakai. Paling ketara bila basuh pakaian kaler putih. Jangan tak tahu yer, kasut sekolah anak pun saya basuh dengan sabun laundry nie. Memang putih bersih jer.

 

[ Cerita 2 hari lepas]

Basuh baju terlupa nak jemur kat ampaian pagi semalam..kelam kabut nak pergi kerja punya pasal..malam tadi ambil baju dalam mesin basuh nak jemur..cium gak kot ada bau hapak ker sebab semalaman dok dalam washing machine tak berjemur..

Bila cium² sukanya tak ada bau hapak.. best betul guna FRESH LAUNDRY POWDER SHAKLEE dan SOFT FABRIC nie kalau jemur kat ampaian bau baju memang fresh...

Pernah gak sebelum nie kalau terlupa nak jemur kain duk dalam washing machine semalaman confirm ada tinggal bau..dah kene basuh semula..sorry to say saya memang tak suka bau baju yang hapak..sebab bila kering baju tue lagi kuat bau hapak tue..berbeza bila saya dah bertukar ke bahan semulajadi..no more BAU

Lagi satu saya perasan sejak pakai soft fabric Shaklee nie baju memang senang nak iron...terutama baju office dan uniform anak..cepat dan jimatkan masa!!

Shaklee bukan setakat vitamin sahaja yer..ada juga untuk keperluan isi rumah..saya sudah bertukar kepada SHAKLEE..kerana ia SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN..anda bila lagi..?

So jangan tunggu lagi..bertukarlah kepada bahan semulajadi yang dijamin 100% selamat tanpa bahan toksik.
Sebarang pertanyaan / pembelian boleh hubungi saya.


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Thursday 26 June 2014

PETUA MUDAH TAMBAH SUSU IBU

Sering kali saya terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang sikit dan semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut. Teknik penyusuan dan cara mengepam juga perlu tahu untuk mendapatkan susu ibu yang melimpah ruah.Customer saya juga ada yang mengadu susu tak banyak padahal dah makan supplemen untuk menambah susu. Perlu diingat supplemen adalah makanan tambahan yang menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita begitu juga ibu yang menyusu.


menyusu, breastfeeding, tambah susu ibu
Breastfeeding Mummy

1. Kerap menyusu

Perkara yang sangat penting yang perlu diingati oleh ibu-ibu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.  Jadi ibu-ibu semua jangan komplen ye bila baby sekejap-sekejap nak menyusu. Kerana ianya sangat bagus utk meningkatkan penghasilan susu. Konsep susu ibu ini based on "demand and supply". Kalau baby nak menyusu, bagi saja....

2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

halba, tambah susu ibu
Halba

4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.

5. Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. 

Di zaman sekarang memang susah untuk mendapatkan produk secara semulajadi. Gaya hidup masa kini bagi ibu yang berkerjaya memang tidak sempat untuk mengamalkan secara tradisi. Shaklee ada menawarkan SET PENYUSUAN EKSLUSIF bagi ibu yang menyusukan bayi mereka. Boleh dapatkan set menyusu ini dari saya sebagai pengedar anda. Sayangi bayi anda. Shaklee adalah selamat dan dijamin 100% bebas kimia kerana dihasilkan dari bahan semulajadi.


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Tuesday 24 June 2014

BESTNYA B-COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat pengunjung Amaqla Vitashop. Saya ingin berkongsi tentang keistimewaan B-Complex Shaklee yang dikatakan sama dengan Amway. 

Terkenal dengan tagline SHAKLEE is DIFFERENT jom kita lihat apa keistimewaan B-Complex Shaklee nie di pandangan mata mereka yang sudah merasainya.

 

Keistimewaan B-complex Shaklee:

 ☒ Kandungan Vitamin B shaklee lengkap, ada 8 vitamin B yg diperlukan oleh tubuh kite:
  •    B1, B2,B3,B5, B6,B7 (Biotin), B9 (Folic Acid), B12
 ☒ Mempunyai 100% Biotin (Vitamin B7).
  • Biotin ni mahal..harganya macam platinum.. sebab tu kebanyakkan manufacturer kurangkan kuantiti biotin ni..tetapi Shaklee... sememangnya the BEST ada 100% Biotin... jadi sangatla efisien.

Ada bioactivated system (sistem serapan bioaktif) :
  • Penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik.
  
b complex comparison, shaklee b complex, perbezaan b complex
Table Product Comparison B Complex Shaklee

Ape fungsi biotin?
  1. Penting dalam metabolisme karbohidrat,protein dan lemak membentuk hormon
  2. Membantu mengekalkan kesihatan rambut- cegah rambut beruban,gugur dan kebotakan
  3. Dapat mencegah terjangkitnya penyakit radang kulit atau dermatitis atau yang pada bayi disebut dengan cradle cap.
  4. Perlu bagi pertumbuhan sel, pengeluaran asid lemak, dan metabolisme lemak dan asid amino.
  5. Membantu dalam mengekalkan tahap gula dalam darah mantap.

Ringkasnye: Biotin ni diperlukan untuk penghasilan tenaga serta kesihatan tubuh,kulit dan rambut.



Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Monday 23 June 2014

Info Kesihatan : Hemoglobin & Fungsi Iron

'Iron' (zat besi) elemen yang diperlukan dalam pembentukan darah. Kira-kira 70% 'iron' badan dijumpai dalam sel darah merah dikenali sebagai 'hemoglobin' dan di dalam sel otot dikenali sebagai 'myoglobin'.Hemoglobin diperlukan untuk memindahkan oksigen di dalam darah daripada paru-paru ke tisu badan. Myoglobin, dalam sel otot, menerima, menyimpan, mengangkut dan membebaskan oksigen.

Kira-kira 6 % 'iron' badan adalah komponen sesetengah protein, diperlukan untuk respirasi dan metabolisma tenaga dan sebagai komponen enzim yang terlibat dalam penghasilan kolagen dan beberapa 'neurotransmitter' (agen penghantar maklumat ke otak). 'Iron' juga diperlukan untuk sistem imunisasi untuk berfungsi dengan baik.

Kira-kira 25% 'iron' dalam badan disimpan sebagai ferritin, dijumpai dalam sel dan mengitari darah. Secara purata lelaki dewasa memiliki kira-kira 1,000 mg 'iron' simpanan (cukup untuk 3 tahun), di mana wanita secara purata memiliki hanya 300 mg (cukup untuk 6 bulan). Apabila pengambilan 'iron' melalui diet terlalu rendah, 'iron' simpanan turut akan berkurang (iron depletion) dan menurunkan aras hemoglobin. Kekurangan 'iron' berterusan dikenali 'iron-deficient erythropoiesis' dan semakin teruk penurunannya dikenali sebagai 'iron deficiency anemia'.

Tingkatkan Imun dengan NutriFeron® Shaklee

>>> Apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.


NutriFeron® , sistem imun, kandungan NutriFeron®

>>> Siapa yg perlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif
8. Kanak-kanak http://www.wahm.com/forum/archive/t-37417.html
9. Kanak-kanak 2 tahun ke atas http://news.myshaklee.com/us/en/about_flu_prevention.html

>>> Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

BERPUASA dengan Shaklee MIghty 3 GEMS

ஐ JOM BERPUASA dengan SHAKLEE MIGHTY 3 GEMS ஐ

SET TERLARIS di BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung setia Amaqla Vitashop. Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan 2014. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan bertemu sekali lagi Ramadhan tahun ini. Bulan yang dinanti oleh semua kerana merupakan bulan ibadah, bulan untuk menambah pahala, bulan untuk beribadat kepada-Nya.

Bagaimana persediaan menyambut puasa tahun ini? Adakah anda masih lagi tercari-cari suplemen yang sesuai untuk seisi keluarga anda? Memperkenalkan set berpuasa dari Shaklee MIGHTY 3 GEMS yang kaya dengan protein.

set berpuasa, mighty 3 gems, protein
SET Mighty 3 GEMS
Apa fungsi minuman-minuman berkhasiat ini?

♣ Energizing SoyProtein -  sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.

♣ Meal Shakes - sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.

♣ Performance Drinks - minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar.  Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.

InsyaAllah, dengan pengambilan set ini semasa bersahur akan membantu kita kekal cergas bertenaga sehingga ke waktu berbuka. Sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat Terawikh jangan lupa minum segelas Performance Drinks untuk kekal cergas semasa beribadah. 

Ingin dapatkan set berpuasa secara sihat ini. Hubungi saya selaku pengedar anda. Set terlaris di bulan Ramadhan.


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Thursday 19 June 2014

Cara Mengatasi Kulit Kering

kulit kering, dry skin

Kulit merupakan lapisan luar dari tubuh atau biasa disebut dengan deria sentuhan.  Mempunyai kulit sehat, putih dan bersih adalah impian bagi seorang wanita. Untuk itu setiap wanita rela melakukan berbagai cara agar mendapatkan kulit seperti yang mereka impikan. Tetapi hal tersebut tentu tidak mudah untuk dilakukan, kerana ada saja permasalah kulit yang sering muncul, seperti kulit kering, kusam dan pecah-pecah.

1. Minum air

Jangan malas minum air putih setiap hari sesuai mengikut sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jika Anda memiliki aktiviti yang padat, tingkatkan pengambilan air masak minum untuk menjaga kelembapan kulit.

2. Pelembab

Pakailah pelembab setiap kali selepas mandi untuk menjaga kelembapan kulit sepanjang hari. Gunakan pelembab yang sesuai dengan jenis kulit kita.

3. Minyak zaitun

Selain menyihatkan tubuh, minyak zaitun juga mempunyai khasiat untuk kecantikan. Minyak zaitun membantu kulit kita kembali tampak lebih lembap akibat kekeringan.

4. Makanan

Selain perawatan dari luar, Anda juga perlu memerhatikan makanan yang dimakan. Sebaiknya nikmati makanan yang kaya dengan asam lemak, vitamin C, magnesium, dan beta-carotene. Misalnya salmon, cokelat hitam, ikan, mangga, dan jeruk.

5. Mandi

Mandilah minimal 2 kali sehari secara teratur untuk menjaga kelembapan kulit. Dengan mandi secara teratur, kulit menjadi bersih dari kotoran dan debu.

6. Bersenam

Buat jadual senaman anda. Bersenamlah secara teratur untuk mengeluarkan peluh dan memperbaiki sel-sel kulit mati yang ada pada kulit. kerana dengan bersenam kelenjar minyak dan keringat akan mendorong keluar sel kulit mati.

Semoga bermanfaat! Amalkan gaya hidup sihat!


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Wednesday 18 June 2014

Tips Kurus Mudah & Berkesan

slimming , tips diet sihat


20 Tip Kurus Mudah & Berkesan


1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 

Atasi Masalah GASTRIK dengan Shaklee

Bagaimana gastrik terjadi?

Ekoran daripada cara hidup moden yang penuh dengan makanan segera yang kurang berkhasiat dan macam-macam tekanan hidup, pelbagai-bagai penyakit moden telahpun semakin mengancam kesihatan kita. Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular di antara warganegara kota. 
Perut kita mengandungi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan. Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

Sunday 15 June 2014

Performance® Drink Natural Orange

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan 

performance drink shaklee
Performance® Drink Natural Orange

 Penghilang Dahaga untuk Si Juara

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
  •  Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

PHYTOCOL-ST™

 Memperkenalkan PHYTOCOL-STTM Shaklee  


PHYTOCOL-ST™, Kolesterol, Jantung
PHYTOCOL-ST™
Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi

Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari
 
PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN SHAKLEE

☑ Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
☑ Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
☑ Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
☑ Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
☑ Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

 

Thursday 12 June 2014

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Assalamualaikum semua kepada pengunjung setia Amaqla Vitashop. Apa khabar semua hari nie.Kita sebagai ibu bapa kadang-kala tidak lari dari melakukan kesilapan.Hari nie saya nak share tips keibubapaan  kesilapan kita dalam mendidik anak². Renung² kanlah..

 

1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Friday 6 June 2014

Kulit yang Sihat & Cantik

Apakah itu struktur kulit?

"Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.
  • Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang keras
  • Lapisan ke dua dipanggil dermis
    • Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers
    • Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis
    • Ia mengandungi kelenjar minyak (sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak
  • Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit subcutaneous tissues

Apakah fungsi kulit?

Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:
  • Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma
  • Melindungi organ dalaman daripada kecederaan
  • Mengawal suhu badan melalui perpeluhan

Apa akan terjadi kepada kulit bila akil baligh?

Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:
  • Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif
    • Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki
    • Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat
  • Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di ketiak dan kawasan kemaluan
  • Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian permukaan kulit dan menghasilkan bau badan

Tuesday 3 June 2014

Keperluan Vitamin E dalam Diet Seharian

Adakah anda mengambil Vitamin E secukupnya dalam keperluan harian?

☛ 1kg biji gandum
☛ 500ml minyak safflower
☛ 8kg bayam
☛ 500g badam


1 softgel vitamin E Shaklee bersamaan dengan 400UI. Confirm tak cukup kan..? Mampu nak makan sampai 8 kg bayam sehari? So tak payahlah susah² nak cari biji gandum,miyak safflower, bayam dan badam. Juz amalkan memakan vitamin E Shaklee..InsyaAllah sudai memadai dan anda mendapat keperluan nutrisi yang secukupnya.

✿ Sedikit info Vita-E Complex™ ✿
Vita-E complex™ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik

vitamin-e-shaklee
Kandungan 1 softgel Vita-E Complex


Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan dan tempahan

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
 SMS/WA 012-2625147 | norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Kesuburan Lelaki dengan Vita-E Complex™

Info Sihat tentang kesuburan yang perlu diketahui oleh semua lelaki

Vitamin E biasanya disyorkan untuk lelaki bagi membantu masalah yang melibatkan kesuburan.
Tahap Vitamin E yang rendah biasanya ditemui pada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.
Jadi, dengan menggunakan supplemen Vitamin E, lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka. 

Vitamin E boleh membantu meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma.
Apabila sperma bergerak lebih bebas dan mudah serta kualiti tinggi, menjadikannya lebih mudah bagi seorang wanita untuk hamil. 

Vitamin E juga telah terbukti untuk mengurangkan kecacatan sperma dalam lelaki, yang boleh membawa kepada kurang risiko kecacatan kelahiran atau keguguran. 

Lelaki yang mengambil supplemen Vitamin E untuk walaupun hanya untuk beberapa bulan boleh melihat peningkatan sehingga sebanyak 10% dalam masalah kesuburan mereka.

Pria² terhebat anda mampu mengubahnya ♚♚. Jangan biarkan masalah yang anda hadapi membelenggu kehidupan anda.

kesuburan-sperma

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
 SMS/WA 012-2625147 | norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

Monday 2 June 2014

Vita-E Complex™

vitamin-e
Vita-E Complex
Vita-E Complex bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting terutama membran sel dari kerosakan akibat adanya radikal bebas. Ia bagus untuk kesihatan kulit kita.


Perbezaan Shaklee:

Dibuat dari minyak soya organik dan biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak a-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Mengandung 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmiun dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Cinch® Energy Tea Mix




Perbezaan shaklee

  • Selamat, penggalak tenaga semulajadi
  • Ditambah dengan taurina-meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemani.

Ekslusif T-lift® - campuran teh di dalam shaklee Cinch ™ energy tea mix

Matcha green tea powder
  • Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

Red tea extract
  • Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenal-pejuang kanser yang kuat. Polifenal membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas, ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak

White tea extract
  • Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tnggi dari teh hijau

Rooibos red tea extract
  • Tumbuhan unik berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenal antioksidan
Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
 SMS/WA 012-2625147 | norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop