Setiap orang mengidamkan kulit wajah yang cantik dan berseri. Tidak semua dari kita dikurniakan kulit yang cantik gebu, halus mulus. Saya sendiri mengalami masalah kulit berminyak dan kadangkala berjerawat.

Alhamdulillah selepas beberapa bulan mengambil supplemen untuk kecantikan ianya berkesan buat diri saya. Dulu, kulit muka yang berminyak sekarang dah tak berminyak lagi kesan dari pengambilan vitamin B Complex secara konsisten.

Parut jerawat yang dah bertahun-tahun di muka kini semakin pudar. Untuk mendapat hasil ini,  memerlukan kesabaran dan konsisten dalam pengambilan vitamin. Yang penting kene istiqomah dan semuanya dengan izin dari Allah S.W.T. . InsyaAllah..

set kecantikan shaklee
Set Kecantikan Shaklee

Set Kecantikan Shaklee

Kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kekurangan kolegan membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda bersinar dan gebu.
Vitamin B-Complex menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Lebih kerap anda berada di bawah mataari lebih banyak B-Complex diperlukan dan B-Complex penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit.
Vitamin E untuk kecantikan kulit dan melawan penuaaan. Vitamin E bersifat anti oksidan dalam betuk fat-soluble.
ESP adalah protein. Pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protein sebenar. Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protein. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum.
GLA merupakan vitamin yang lebih baik dar EPO di pasaran kerana mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang membantu mencantikkan kulit, menstabilkan hormon, memperbaiki kitaran haid dan kulit bersih tanpa jeragat.
Kesan dan faedah pengambilan collagen dapat melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan berkupas pada muka, mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus, meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan, meningkatkan kelembutan da kelicinan kulit, membantu menegang dan menganjalkan payudara, mengurangkan pigmentasi, jeragat da meratakan warna kulit serta menggalakkan kulit yang sihat rambut yang tebal dan bersinar.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


 Berminat untuk mendapatkan Set Kecantikan Shaklee ini? Hubungi saya sekarang!