Showing posts with label Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Gastrik. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Atasi Masalah GASTRIK dengan Shaklee

Bagaimana gastrik terjadi?

Ekoran daripada cara hidup moden yang penuh dengan makanan segera yang kurang berkhasiat dan macam-macam tekanan hidup, pelbagai-bagai penyakit moden telahpun semakin mengancam kesihatan kita. Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular di antara warganegara kota. 
Perut kita mengandungi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan. Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.