Showing posts with label Menyusu & Kalsium. Show all posts
Showing posts with label Menyusu & Kalsium. Show all posts

Wednesday, 2 July 2014

Kehamilan, Menyusu & Kalsium

Tahukah anda bahawa kalsium merupakan mineral yg tersangat penting bagi seorang ibu yg hamil dan menyusukan anak?

Kalsium sangat-sangat penting kerana ia diperlukan untuk membina tulang dan gigi yg kuat. Kalsium juga membantu darah membeku dgn normal, membantu otot dan saraf berfungsi dgn lebih baik di samping membantu detakan jantung yg normal. Kalsium paling banyak terdapat dalam tulang kita.

Apabila kita hamil, bayi amat memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang yg sihat dan sempurna. Dari mana untuk mereka dapatkan kalsium ini? Sudah tentu dari ibu. Bayangkan jika diri anda sendiri tidak mempunyai bekalan kalsium yg secukupnya. Kini anda hamil dan perlu 'berkongsi' kalsium dengan anak. Adakah mencukupi untuk anda berdua? Apabila bayi tidak mendapat keperluan kalsium secukupnya maka mereka akan menyerap dari tulang ibu. Ini akan menyebabkan tulang ibu menjadi rapuh dan seterusnya akan membawa masalah osteoporosis.


Mungkin ada yg berkata bahawa mereka sihat sahaja walaupun tidak mengambil kalsium yg secukupnya. Namun anda perlu ingat bahawa osteoporosis tidak berlaku dalam masa sehari! Ia mengambil masa untuk berlaku.

Begitu juga keadaan apabila kita menyusukan anak. Segala nutrien akan diserap oleh anak dan amatlah wajar untuk kita bantu diri kita memenuhi keperluan vitamin, zat dan mineral yg mencukupi untuk diri sendiri dan anak tersayang.

Dos yang diperlukan


Ibu hamil dan menyusukan anak disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya sebanyak 1,000mg kalsium sehari bagi memenuhi keperluan kalsium diri dan bayi.  Anda boleh mendapatkan kalsium daripada pemakanan seharian seperti susu tinggi kalsium, badam, produk tenusu seperti yogurt, keju, tofu, kekacang, brokoli, bak choy, makanan laut seperti udang dan ikan. Namun, disebabkan pelbagai faktor seperti corak pemakanan dan kesibukan waktu bekerja banyak menyekat kita untuk mendapatkan kalsium secukupnya. Antara langkah yg bijak ialah dengan mengambil supplement kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D.