Wednesday 2 July 2014

Kehamilan, Menyusu & Kalsium

Tahukah anda bahawa kalsium merupakan mineral yg tersangat penting bagi seorang ibu yg hamil dan menyusukan anak?

Kalsium sangat-sangat penting kerana ia diperlukan untuk membina tulang dan gigi yg kuat. Kalsium juga membantu darah membeku dgn normal, membantu otot dan saraf berfungsi dgn lebih baik di samping membantu detakan jantung yg normal. Kalsium paling banyak terdapat dalam tulang kita.

Apabila kita hamil, bayi amat memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang yg sihat dan sempurna. Dari mana untuk mereka dapatkan kalsium ini? Sudah tentu dari ibu. Bayangkan jika diri anda sendiri tidak mempunyai bekalan kalsium yg secukupnya. Kini anda hamil dan perlu 'berkongsi' kalsium dengan anak. Adakah mencukupi untuk anda berdua? Apabila bayi tidak mendapat keperluan kalsium secukupnya maka mereka akan menyerap dari tulang ibu. Ini akan menyebabkan tulang ibu menjadi rapuh dan seterusnya akan membawa masalah osteoporosis.


Mungkin ada yg berkata bahawa mereka sihat sahaja walaupun tidak mengambil kalsium yg secukupnya. Namun anda perlu ingat bahawa osteoporosis tidak berlaku dalam masa sehari! Ia mengambil masa untuk berlaku.

Begitu juga keadaan apabila kita menyusukan anak. Segala nutrien akan diserap oleh anak dan amatlah wajar untuk kita bantu diri kita memenuhi keperluan vitamin, zat dan mineral yg mencukupi untuk diri sendiri dan anak tersayang.

Dos yang diperlukan


Ibu hamil dan menyusukan anak disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya sebanyak 1,000mg kalsium sehari bagi memenuhi keperluan kalsium diri dan bayi.  Anda boleh mendapatkan kalsium daripada pemakanan seharian seperti susu tinggi kalsium, badam, produk tenusu seperti yogurt, keju, tofu, kekacang, brokoli, bak choy, makanan laut seperti udang dan ikan. Namun, disebabkan pelbagai faktor seperti corak pemakanan dan kesibukan waktu bekerja banyak menyekat kita untuk mendapatkan kalsium secukupnya. Antara langkah yg bijak ialah dengan mengambil supplement kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D.

Bagaimana memilih supplement kalsium anda?


1) Elakkan produk yg dibuat daripada tulang, dolomite (sejenis batu kapur) untuk mengelakkan keracunan plumbum.

2) Pilihlah supplement yg dilengkapi dengan vitamin D utk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan magnesium yg membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.

3) Pilih juga supplement yang dilengkapi dengan magnesium utnuk elakkan berlakunya pembentukan batu karang.

Tawaran kami?

OsteMatrix Shaklee menawarkan keperluan kalsium yg mencukupi untuk anda. Ia diperbuat daripada mineral semulajadi. Terbukti secara klinikal dapat meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam tulang. Kajian turut menunjukkan bahawa kalsium di dalam OsteMatrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan.

OsteMatrix dilengkapi dengan vitamin D (membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang), Magnesium (sebagai 'transport' kalsium untuk pergi ke tulang di samping mengelakkan berlakunya formasi batu karang), Boron (untuk membantu dalam metabolisme tulang, sebagai 'pelekat' kalsium agar kekal di dalam tulang dan seterusnya osteopororsis), Zinc, Kuprum, Mangan (untuk menyusun enzim yg diperlukan utk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis).

1 caplet OsteMatrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam.


Ia merupakan jawapan yg TEPAT bagi mereka yg tidak menyukai susu dan mereka yg menjalani kehidupan yg sibuk. Hanya 4 caplet sehari dapat memenuhi keperluan kalsium anda.

Ambillah OsteMatrix hari ini untuk membantu tulang agar menjadi lebih sihat dan kukuh agar pelbagai penyakit boleh dihindari. Prevention is better than cure. Bertindak sekarang!

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk kesihatan anda.


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

No comments:

Post a Comment