Thursday 26 June 2014

PETUA MUDAH TAMBAH SUSU IBU

Sering kali saya terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang sikit dan semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut. Teknik penyusuan dan cara mengepam juga perlu tahu untuk mendapatkan susu ibu yang melimpah ruah.Customer saya juga ada yang mengadu susu tak banyak padahal dah makan supplemen untuk menambah susu. Perlu diingat supplemen adalah makanan tambahan yang menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita begitu juga ibu yang menyusu.


menyusu, breastfeeding, tambah susu ibu
Breastfeeding Mummy

1. Kerap menyusu

Perkara yang sangat penting yang perlu diingati oleh ibu-ibu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.  Jadi ibu-ibu semua jangan komplen ye bila baby sekejap-sekejap nak menyusu. Kerana ianya sangat bagus utk meningkatkan penghasilan susu. Konsep susu ibu ini based on "demand and supply". Kalau baby nak menyusu, bagi saja....

2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

halba, tambah susu ibu
Halba

4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.

5. Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan. 

Di zaman sekarang memang susah untuk mendapatkan produk secara semulajadi. Gaya hidup masa kini bagi ibu yang berkerjaya memang tidak sempat untuk mengamalkan secara tradisi. Shaklee ada menawarkan SET PENYUSUAN EKSLUSIF bagi ibu yang menyusukan bayi mereka. Boleh dapatkan set menyusu ini dari saya sebagai pengedar anda. Sayangi bayi anda. Shaklee adalah selamat dan dijamin 100% bebas kimia kerana dihasilkan dari bahan semulajadi.


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

No comments:

Post a Comment