Monday, 14 July 2014

MENYUSU BAYI KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bagi ibu - ibu yang masih menyusukan anak-anak macam mana agaknya nak mengekalkan penghasilan susu ibu ketika berpuasa?  Di sini saya ingin share sedikit info buat breastfeeding mummy.

1. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Kebanyakkan buah dan sayuran mengandungi sumber utama vitamin dan mineral yang diperlukan seseorang untuk kekal sihat dan bertenaga. Buah yang membekalkan vitamin C seperti buah oren bertindak sebagai antibodi, kolagen untuk ibu dan bayi dalam membantu penyerapan zat besi. Bulan Ramadhan ini terdapat banyak kurma dijual...kurma pun dapat membantu penghasilan susu.

  

2. KERJA RUMAH DIWAKTU MALAM.

Elak buat kerja rumah yang biasa dilakukan pada siang hari pada bulan puasa. Ini akan membuat kekawan tidak bermaya dan boleh mempengaruhi kuantiti susu.

  

3. AHLI KELUARGA BANTU ISTERI/IBU.

Suami atau anak boleh la tolong isteri atau ibu boleh membantu ringankan tugas para ibu.

  

4. TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukupamat penting untuk memastikan badan mendapat rehat yang cukup dan kekal bertenaga. Tidur yang cukup juga dapat mengelak tekanan perasaan.

 

5. MENINGKATKAN AMALAN IBADAH.

Amalan seperti berzikir dan membaca Al-quran dapat menenangkan jiwa manusia. Selain mendapat pahala, ketenangan dan dapat merehatkan minda , badan serta menjaga emosi sendiri. In Shaa Allah proses penyusuan akan berjalan dengan lancar.



Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

1 comment:

  1. salam ramadhan yang ke 18. datang jalan2 dari blog MiaLiana.Dia kan pesyen kumpul link blog blogger2 lain.memudahkan kita untuk terus blogwalking blog org lain ;-)..saja ja mai singgah baca entry terbaru blog ini.. Senang2 mai la blog Montana nooo ;-) semoga terus success ;-)

    ReplyDelete