Thursday 10 July 2014

SUP KETAM Sembuhkan DENGGI

http://amaqlavitashop.blogspot.com/sup-ketam-sembuh-denggi

Bulan² puasa nie jangan sesiapa terliur plak tengok ketam nie..tuan tanah sendiri tengok pun terliur..sedap woooo ketam nie...

Apa kaitan Ketam dengan tajuk entry yang satu ini.?

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.
 
Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Selain DENGGI Sup Ketam pun sesuai untuk CHIKUNGUNYA.

Ketam seperti ketam nipah ini perlu dimasak sup, pesakit perlu minum sup beserta isi ketam untuk meningkatkan kadar platelet dalam badan. Hal ini disebabkan kadar platelet turun secara mendadak dalam tempoh dijangkiti virus denggi ini. Ketam dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi dalam membantu membina platelet darah yang hilang.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Namun, pemeriksaan dan nasihat daripada doktor adalah perlu diutamakan.


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎  SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

No comments:

Post a Comment