Rutin yang menyebabkan kekurangan waktu tidur akan membuatkan mata kelihatan bengkak, tidak bermaya dan menyebabkan kemunculan lingkaran gelap di bawah mata.
Selain daripada tidak mendapat tidur yang cukup, masalah ini juga timbul kerana mata mengalami keletihan akibat terlalu lama menghadap skrin komputer atau membaca buku.
Mata bengkak atau sembab akan mencacatkan penampilan anda sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri sama ada di tempat kerja, sekolah ataupun ketika menghadiri urusan rasmi. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa petua semula jadi yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah mata bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata.
Ais
Menggunakan ais adalah cara yang paling mudah bagi mengurangkan masalah ini. Anda hanya perlu sejukkan bahagian sembab dengan ais batu. Jika tidak ada ais batu, anda boleh menggunakan sudu. Masukkan sahaja sudu ke dalam peti ais, setelah sudu tersebut sejuk, lekatkan ia ke bahagian mata yang bengkak.Teh uncang
Ambil satu teh uncang dan rendam di dalam air panas. Angkat uncang tersebut dan lekapkan di bahagian mata sehingga uncang tersebut sejuk. Kemudian ulang lagi dengan merendam semula uncang teh tersebut ke dalam air panas dan kemudian letakkan di bahagian mata yang terpejam sehingga sejuk. Ulang proses ini dua hingga tiga kali.Timun
Timun merupakan sejenis sayuran yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat pada timun membantu menyegarkan mata bengkak atau sembab. Sejukkan hirisan timun di dalam peti ais, kemudian letakkan pada kelopak mata selama 10 minit dan rasai perbezaannya.Cubalah...InsyaAllah berhasil..

Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
☎ SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com |
FB Page : Amaqla Vitashop
☎ SMS/WA 012-2625147 | ✉ norhasnawati@gmail.com |
FB Page : Amaqla Vitashop
No comments:
Post a Comment