Monday 19 May 2014

5 Tips Cara Berkesan Tambah Susu Ibu

1.Tambah Masa dan Kekerapan
Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand) lebih susu yang akan terhasil (supply). Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu. Caranya pam 10-15 minit selepas anak menyusu. Tahukah ibu hormon pengeluaran susu (hormon prolaktin) banyak terhasil selepas jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ambil peluang, bangun dan pamlah. Jangan diikutkan sangat kesedapan tidur. Seelok-eloknya pamlah 2-3 jam sekali, bagi menjamin supply susu ibu. 



Jika ada dirumah, susukanlah anak sekerap mungkin. Bayi adalah peransang yang paling baik untuk pengeluaran susu ibu. Waktu dipejabat, cuba sebaiknya untuk ikut jadual mengepam. Jadual mengepam yang konsisten juga faktor baik menambah susu ibu. Lebih baik, tuliskan jadual mengepam dan catat hasilnya. Barulah ibu lebih bersemangat.



2. Minum Air Paling Kurang 2 Liter

Air adalah elemen paling penting bagi penghasilan susu ibu. Ini tak termasuk jus, air teh, milo dan sebagainya. 2 liter air kosong setiap hari. Gunalah botol bagi menyukat berapa lier yang telah diminum. Air kosong sangat bagus bagi kesihatan yang optimum. Jadi minumlah air kosong ya.



3. Makanan Seimbang

Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi.


Lebih baik lagi, amalkan pengambilan supplement. Ini bagi melengkapkan sumber vitamin dan mineral yang tubuh ibu perlukan. Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana. Ya, supplement perlukan sedikit pelaburan. Tapi apa salahnya kan, untuk diri ibu juga. Bukan sekadar pakaian dan beg yang branded. Tapi usahakanlah untuk jaga kesihatan badan. Bukankah batang tubuh nie Allah amanahkan untuk kita jaga.


4. Makan Penggalak Susu Ibu


Ibu boleh mengambil makanan yang menggalak susu ibu, seperti oat, daun pegaga, halba, lobak putih, longan, alfalfa dan sebagainya. Ini hanya akan berkesan jika cara 1 dan 2 telah dibuat. Jika tak buat cara 1 dan 2, janganlah berharap susu ibu yang bertambah.




5. Ambil Supplemen Ini jalan paling mudah dengan hanya ambik supplement. Dimana sahaja anda berada boleh telan. Supplemen yang terbaik setakat ini adalah dengan mengambil Si Raja Herba Alfalfa dari Shaklee. Susu badan makin bertambah dengan sendirinya. (Mungkin akan selalu mengelat cari tempat nak pam kat tempat kerja). Dengan selalu mengambil air masak lebih 8 liter sehari dan mengambil Si Raja Herba ini.


APA ITU SI RAJA HERBA

Raja Herba yang dimaksudkan ini adalah vitamin Alfalfa dari Shaklee. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera





Kenapa Alfalfa? Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan, pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter kebawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi, mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon2 sintetik, pengawal atur tumbesaran atau bahan2 kimia.


MARI KITA BACA APA KEPENTINGAN ALFALFA UNTUK BERGELAR IBU MENYUSU, ISTERI & WANITA


Untuk ibu menyusu alfalfa membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, secara automatik kesan baik pada baby susah nak kena kembung perut.


Untuk kaum wanita pula ia sangat baik untuk kesihatan dalaman, merawat masalah keputihan, melancarkan kitaran haid, memulihkan urat selepas bersalin. Alfalfa ini mengandungi phytoestrogens yang juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka membantu dalam “hubungan intim” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Menarik bukan?





Sumber : Naturals of Vitamins


Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
 SMS/WA 012-2625147 | norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

No comments:

Post a Comment