JOM 'SHAKLEE' KAN DIRI & BERKONGSI KEBAIKAN SHAKLEE DENGAN SEMUA ORANG!
Bismillah,Entri kali ini akan menulis tentang perihal Shaklee Sebagai Suplemen & vitamin terbaik untuk anda, insyaAllah.
Pengenalan
Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan
produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh
pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat
syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang
menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr.
Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan
yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta
syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan
kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama
“Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin
diperlakukan oleh mereka”
Dengan matlamat untuk menjadi peneraju
dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat
berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan
sains.
Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee
sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga
dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.
Pada
2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil
alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical
Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi,
penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45
paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.
Prinsip Shaklee
Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain
yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut
mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang tersendiri.
Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang
mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam
semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global
dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.
Daripada
prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi
dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains
dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah
syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.
Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui
cara begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap
lapisan masyarakat di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu
komuniti yang hebat untuk memasarkan produk kesihatan tersebut secara
langsung. Mereka adalah insan yang mempunyai visi dan kecekalan untuk
membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka serta insan lain dan
mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan dermawan seperti Shaklee
Cares.
Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.
Kisah Dr. Shaklee
Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika, lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.
Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."
Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.
Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.
Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.
Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.
Sains Shaklee
Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikalSetiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.
Peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, Shaklee terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.
Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!
Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.
Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.
Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas.
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada
Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu
mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di
Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada
sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk
kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi
dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah
direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak
merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa HALAL, SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.
> SENTIASA SELAMAT - Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee
telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli
semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap
ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan
bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke
atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan
dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya,
semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates,
natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4
dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang
diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak
mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke
atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas
daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan
cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap
Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.
Terjamin.
> Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
- TIDAK Mengandungi Paraben
- TIDAK Mengandungi Triklosan
- TIDAK Mengandungi Phthalates
- TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
- TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
- TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
- TIDAK Mengandungi Glikol
- TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
- TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
- TIDAK Mengandungi Ammonia
- TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
- TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
- TIDAK Mengandungi Formaldehyde
- TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
- TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
- TIDAK Mengandungi Toulene
- TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
- TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
- TIDAK Mengandungi Pewarna
- TIDAK Mengandungi Lemak Trans
- TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
- TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
- TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
> SENTIASA BERKESAN - Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di
Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100
kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam
majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk
Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam
ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh
temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan
kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public
Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee
terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka
yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami
membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee
setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti
yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam
berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya
adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee.
Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja
keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah
benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
> $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji> Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
> 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
> Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa
> 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
> Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
> SENTIASA MESRA ALAM - Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni
dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada
separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh
kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf
sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran
karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah
memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan
Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas
sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional
26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung,
botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari
Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan
perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi
bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah
mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih
10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000
paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar
bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya
melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
> Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
> Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
-----------------------------------------------
> Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
> Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
> Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
- 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
- 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
- 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
- 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
- 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
SMS/WA 012-2625147 | norhasnawati@gmail.com |
FB Page : Amaqla Vitashop
SMS/WA 012-2625147 | norhasnawati@gmail.com |
FB Page : Amaqla Vitashop
No comments:
Post a Comment