Thursday 22 May 2014

Tekanan Darah Tinggi Pembunuh Senyap

Hipertensi atau tekanan darah tinggi (HBP) biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ketara seperti kebanyakan penyakit lain.
Oleh itu, ia sering dikenali sebagai pembunuh senyap dan ia juga boleh memudaratkan lagi penyakit kardiovaskular (CVD), merosakkan saluran darah, jantung, buah pinggang dan organ-organ lain dalam badan kita.
 
Darah mengalir dalam badan kita melalui arteri, kapilari dan urat-urat, membekalkan setiap sel dengan khasiat dan oksigen. Semasa jantung mengepam darah, daya kekuatan jantung mewujudkan tekanan dan tahap tekanan yang normal diperlukan supaya darah terus mengalir.
Penyakit tekanan darah tinggi bermula apabila keadaan tekanan darah lebih tinggi daripada biasa. Apabila tekanan darah tinggi, jantung perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan dan ini menyebabkan ketegangan pada jantung.


Seterusnya, ini boleh menyebabkan pembesaran jantung. Akhirnya, saluran darah juga terjejas, menjadi rosak kerana kejang dan arteri menjadi semakin sempit serta boleh mengakibatkan darah kurang mencukupi untuk dibekalkan ke organ-organ lain.
 
Apabila organ lain tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi, organ tersebut tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Satu-satunya cara untuk mengetahui anda mempunyai tekanan darah tinggi adalah dengan memeriksa tekanan darah anda.
 
PERIKSA TEKANAN DARAH
Bacaan optimum biasa bagi tekanan darah (BP) ialah <120/80mm HG (millimeter raksa) bagi seseorang yang berumur 18 tahun ke atas.

Nombor di bahagian atas (120) ialah tekanan systole yang merupakan jumlah tekanan yang dihasilkan apabila darah dipam melalui arteri.

Nombor di bahagian bawah pula (80) ialah tekanan diastole yang mengukur tekanan dalam arteri apabila jantung berehat antara denyutan.

Tekanan darah boleh berubah sepanjang hari. Tekanan akan meningkat apabila terdapat banyak kegiatan fizikal atau beremosi, sebaliknya tekanan akan menurun apabila badan dan fikiran anda dalam keadaan rehat.

Jika anda mempunyai bacaan 140/90mm HG atau lebih, ia menunjukkan anda mungkin menghadapi tekanan darah tinggi.

Tekanan darah boleh juga jatuh menjunam ke tahap yang rendah dan merbahaya, serta mungkin boleh mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil hipertensi atau tekanan darah rendah.
FAKTOR TEKANAN DARAH TINGGI
Sebab-sebab tekanan darah tinggi sebenarnya tidak berapa jelas. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh memainkan peranan dalam perkembangannya termasuk:
  • Merokok
  • Berat badan berlebihan (obesiti)
  • Kurang latihan fizikal / jasmani
  • Terlalu banyak garam dalam diet
  • Terlalu banyak pengambilan alcohol
  • Tekanan
  • Umur meningkat
  • Genetic
  • Penyakit kronik ginja
  • Gangguan adrenal dan tiroid
  • Diet yang tinggi lemak dan kolesterol
Tanda-tanda serangan darah tinggi biasanya sederhana dan tidak spesifik seperti sakit kepala, pening, penglihatan menjadi kabur, rasa loya dan lain-lain.
 
Tekanan darah 
(mm HG)
  Biasa
  Biasa – Tinggi
Tekanan 
darah tinggi
Sistole
  Kurang dari 130
130-139
140 atau lebih tinggi
Diastolik
  Kurang dari 85
85-89
90 atau lebih tinggi
 

MENSTABILKAN TEKANAN DARAH

Walaupun terdapat banyak ubat-ubatan yang boleh menbantu mengurangkan tekanan darah tinggi, berdasarkan bacaan ujian, doktor-doktor akan menentukan jenis rawatan yang hanya diperlukan oleh pesakit sahaja.

Jika bacaan ujian belum lagi sampai ke tahap tinggi (≥ 140/90mm HG), tetapi menghampiri bacaan ini, anda boleh dianggap sebagai pra hipertensif.

Anda disarankan untuk membuat pengubahsuaian dalam gaya hidup anda untuk membantu menstabilkan tekanan darah, antaranya seperti:
  • Mengurangkan berat badan – jika anda obes
  • Berhenti merokok
  • Hentikan pengambilan alkohol
  • Menguruskan tekanan / stress dengan baik
  • Selalu bersenam
  • Makan makanan yang sihat dengan mengehadkan pengambilan garam.
Tekanan darah tinggi boleh dikawal. Apabila anda semakin berumur, adalah penting untuk selalu menjalankan pemeriksaan kesihatan, memantau tekanan darah anda dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi membantu anda mengekalkan tahap tekanan darah biasa yang sihat.

Sumber : Mingguan Wanita

 
Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
 SMS/WA 012-2625147 | norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

No comments:

Post a Comment