Tuesday 27 May 2014

Bagaimana jerawat terjadi?

Assalamualaikum dan salam ukhuwah semua..

Hari nie saya nak bercerita serba sedikit info tentang jerawat dan cara untuk mengurangan jerawat. Masalah jerawat sering menghantui kaum hawa kerana bila adanya jerawat di muka menyebabkan perasaan rendah diri dan tidak berkeyakinan untuk tampil cantik di khalayak ramai.


Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit.

Masalah ini sering meghantui remaja terutamanya remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.
Faktor tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca utama masalah ini. Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.

Tips mengurangkan kesan jerawat
  • pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah tinggi, jadi cuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang mungkin.
  • pakai pakaian yang bersih dan sudah dicuci.
  • cuci muka dengan kerap. Wuduk setiap solat 5 kali sehari semalam adalah kaedah mudah untuk membersihkan muka dari minyak dan debu kotor.
  • guna pencuci muka yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.
  • ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B5, kalsium dan zink. Kurangkan makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat.
  • kawal stres dengan melakukan aktiviti aktif seperti bersenam, berenang atau senamrobik. Lakukan juga perkara yang boleh merehatkan minda seperti memancing, berkebun dan meditasi.
  • tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan mengeluarkan toksin dari badan.
  • untuk petua mudah, sapukan sari timun pada bahagian wajah dan leher selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Bagaimana untuk merawat jerawat dan masalah kulit? 

Kulit wajah yang sering ditumbuhi jerawat dan jeragat adalah disebabkan kandungan toksin dalam badan antara punca terjadinya jerawat bukan hanya disebabkan oleh masalah resdung.

Cara untuk merawat adalah dengan memulakan proses detoksifikasi darah, kemudian barulah ambil produk kecantikan dan kesihatan. Melalui proses detoksifikasi darah, bahan-bahan toksin akan di bawa keluar melalui pengaliran darah. Kehadiran toksin yang berlebihan dalam darah dapat menyebabkan beberapa  masalah kesihatan, seperti sakit kepala, cepat lelah, lemahnya kekebalan tubuh, dan masalah kulit seperti kulit kusam, alergi, ekzema dan jerawat.

Mulakan proses detoksifikasi anda dengan Alfalfa Complex Shaklee.


Untuk sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
 
Hasnawati | Shaklee Independent Distributor ID 1083869 |
 SMS/WA 012-2625147 | norhasnawati@gmail.com | 
FB Page : Amaqla Vitashop

No comments:

Post a Comment